Hello hello ;)

Hai hai Assalamualaikum semua. Ni blog Prostar yang baru since barisan kepimpinan dah bertukar. Aharks. Just nak share something with you guys antara aktiviti yang kitorang jalankan dulu. Check it out! :)
IT'S ALL ABOUT PROSTAR



Wednesday, March 30, 2011

CERAMAH KESIHATAN KANSER PANGKAL RAHIM

     Ceramah Kesihatan Kanser Pangkal Rahim merupakan last projek rasmi Kelab Prostar UiTM Kelantan bagi semester ni. Program ni diadakan pada 27 Mac 2011 kat Auditorium 300 (AU300). Ni merupakan program kerjasama antara Kelab Prostar, Unit Kesihatan UiTMKelantan dan Syarikat GlaxoSmithKline (GSK). Program ini bertujuan memberi pendedahan kat semua mahasiswi UiTM Kelantan tentang kanser serviks serta vaksin HPV. Penceramah bagi program ni termasuklah Dr Nik Muzaiman  (Ketua Unit Kesihatan UiTM Kelantan) dan Puan Zainon Hassan yang merupakan Ketua Jururawat Hospital Tengku Anis. Sesuatu yang mengejutkan bagi semua exco prostar apabila kehadiran sisiwi ke program tersebut melebihi ape yang kami jangkakan. ramai sgt2.. sampai AU yang boleh tampung 300 student tu tak dapat menampung jumlah siswi yang datang. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Harap dapat ambil informasi daripada ceramah yang diberi. Bukan just dtg nak kupon je..hehe..

-Pameran kesihatan- 
-Pendaftaran mahasiswi (sape yang datang awal dapat r 'wet tissue' free..hehe)-
-Pengarah projek : Halimah-

-Dr Nik Muzaiman (penceramah)-

-Khusyuknya mdengar ceramah...:) -
-Para exco PROSTAR-
-Mahasisiwi yang hadir ke program-
     At last program pertama bagi kami exco-exco junior da tamat..haha.. Seronok dan lega.. Tak sangka kami dapat laksanakan tugas ni. Tahniah kat pengarah projek dan semua exco especially exco junior!!! Thanx to all senior and seniorita...=D


       

Sunday, March 20, 2011

STUDENT EXPLORE 1 NATION COMMUNITY

        Assalamualaikum... Student Explore 1 Nation Community...tulah latest aktiviti kami yang dijalankan pada 11 hingga 12 Mac 2011 di Pos Hendrop, Gua Musang. Program ni merupakan kerjasama antara kelab dan Pejabat Kesihatan Daerah di Kelantan. Seramai 36 peserta program yang menyertai program ini yang terdiri daripada AJK dan ahli kelab. Program ini turut melibatkan masyarakat orang asli di Pos Hendrop. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah sukaneka, pertandingan karaoke, pengantin rimba dan seni kraftangan. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat orang asli di sana amat memberangsangkan. Setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat penyertaan daripada masyarakat setempat. Nak tau aktiviti-aktiviti yang ktorg adakan sepanjang program??


* Pertandingan BOLING DEWAN untuk org dewasa..(mereka amat sporting) *
* Mereka amat "excited" untuk game CARI MUTIARA DALAM TEPUNG...
sampai bertolak-tolak.. *
* Exco-exco pun nak main tepung ke???hehe *


* Aktiviti cabutan bertuah *

* Penyampaian cenderahati oleh Pres Mi(stands for Preseiden Helmi..hehe) kepada En Rahim*
 * Bergambar kenangan bersama-sama anak-anak orang asli *
* Bergambar lagi..hehe *

        Keesokan harinya, kami sempat menjenguk beberapa rumah orang asli yang kurang upaya di Pos Hendrop tu. Kami ada jugak sumbangkan makanan kepada mereka yang dilawati.


* Melawat rumah orang kurang upaya *

      Selepas habis semua aktiviti kami di Pos Hendrop, Gua Musang,kami pun siap berkemas dan keluar dari perkampungan Pos Hendrop. Kami plan nak ke Cameron Highlands untuk buat aktiviti penyebaran risalah-risalah kesihatan kepada masyarakat.. Macam-macam reaksi yang kami terima daripada masyarakat di Cameron Highlands. Pengalaman yang agak bermakna. Jarang aktiviti macam ni dibuat.. Ni lah gambar sepanjang kami di Cameron.
* Sempat lagi bergambar,hehe..

*Penerangan mengenai risalah kesihatan kepada masyarakat..(explain pasal ape tu??:p) *



* Berjalan-jalan menyebarkan risalah:) *
     
                               
                                        * Barisan exco-exco Prostar dan ahli yang terlibat...*
      Sepanjang program ni, mcm-mcm pengalaman yang kami dpt. Harap dapat buat aktiviti mcm ni lagi. Bukan dpt jalan-jalan je, dpt mcm2 pengetahuan.. Sampai sini je r post kali ni. Tunggu aktiviti kami yang seterusnya...Terima kasih kepada semua exco & ahli yang terlibat!!! =D tq.. 






Thursday, March 17, 2011

HARI BERSAMA AHLI PROSTAR

          Assalamualaikum dan salam 1 Prostar... Pada tanggal 28 Februari 2011 bersamaan hari Isnin, Kelab Prostar UiTM Kelantan telah mengadakan 1 lagi program iaitu Hari Bersama Ahli Prostar, bertempat di HRD A. Majlis ni mula pada pukul 8.30 malam, dihadiri oleh semua AJK, ahli lama serta baru dan beberapa jemputan. Antara tetamu jemputan yang hadir pada malam ini termasuklah En. Rahim, NYDP Kelab Prostar Kelantan dan En Idzham, Penasihat Kelab Prostar UiTM Kelantan.


        Tujuan program ini diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli Kelab Prostar UiTM Kelantan, memperkenal penasihat dan AJK kelab kepada ahli dan memberi informasi tentang kelab kepada semua ahli terutama ahli-ahli baru. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program yang akan diadakan oleh kelab kami pada setiap semester.Alhamdulillah, sambutan yang kami dapat daripada mahasiswa UiTM Kelantan pada kali ni amat memberangsangkan. Ramai jugaklah yang 'join" jadi ahli. Kepada sesapa yang berminat nak "join" kelab kami, bolehlah jumpa AJK kelab kami..:) Anda amat dialu-alukan...Tak rugi "join" kami!!! Macam2 pengalaman korg dapat...Akhir sekali,luangkanlah masa korg tengok gambar program Hari Bersama Ahli Kelab Prostar UiTM Kelantan..=)
*Ahli-ahli Prostar UiTM Kelantan*
* Pendaftaran ahli-ahli baru*



                                                                            
                                                                        *En Rahim*
*Ucapan oleh Penasihat Kelab-En Idzham*
* Presiden Kelab Prostar UiTM Kelantan*
*Pengarah Projek*

*Antara AJK Kelab*
      
*Gambar Kenangan bersama-sama warga Prostar UiTM Kelantan*
*Barisan AJK Kelab Prostar Sesi Dis 2010-Apr 2011*































Wednesday, March 2, 2011

FESKO 2011

        Assalamualaikum... Sebelum mencoret latest news, nak ucap tahniah kepada semua AJK Kelab Prostar sbb berjaya laksanakan projek sepanjang FESKO 2011. To all senior, terima kasih sbb guide ktorg yg junior2 nie, hehe =) ...Untuk berita terbaru pasal kelab kami, ada beberapa aktiviti yang dah dijalankan pada minggu lepas sempena FESKO 2011. Bagi yang macam blur2 maksud FESKO tu, FESKO tu singkatan untuk Festival Kolej  ygang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Kolej a.k.a MTK. Sepanjang FESKO yang ke-7 ni, ada 2 projek yang telah berjaya kami laksanakan; iaitu FESKES(Festival Kesihatan) dan  Keusahawanan Gegar Prostar. 

FESTIVAL KESIHATAN (FESKES)

             Tarikh :  22 Februari 2011(selasa)  dan 23 Februari 2011(rabu).
             Tempat : Foyer Pentadbiran & Perpustakaan Tengku Anis

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan dan BMI. Selain itu, program derma darah turut diadakan, dan merupakan aktiviti yang paling mendapat sambutan sepanjang 2 hari diadakan... 


* Pemeriksaan Kesihatan*

* Derma darah*
-Ramai yang menanti dengan penuh kesabaran =p -
* Derma darah lagi..hehe~

* Staf Hospital Machang*
KEUSAHAWANAN GEGAR PROSTAR

         Tanggal 24 Februari 2011, projek ke-2 kami untuk FESKO 2011, iaitu Keusahawanan Gegar Prostar telah diadakan di Dewan Profesional. Kami telah ,menjemput beberapa pihak untuk menyertai kami dalam projek ini. Basically, program ini macam jualan barang2 r.. macam "bundle" dan barang2 komputer. Kami turut menjemput pihak farmasi untuk membuat pameran ubat-ubatan...(sesuailah dengan kelab kami)... Di samping pameran, para pengunjung boleh jugak dapat info lebih lanjut yang nak diketahui. Dalam pameran ni, pengunjung boleh jugak dapat cenderahati daripada pihak farmasi dngan menjawab soalan2 pasal ubat-ubatan yang mereka beri... 

* Jualan "bundle"*
- Antara yang menjadi perhatian ramai especially student perempuan =) -

* Jualan alat2 komputer*
- Ramai jugak yang menjenguk + membeli-

* Inilah cenderahati untuk mereka2 yang berjaya jawab soalan... macam2 ada..hehe*

* Penyampaian cenderahati oleh AJK Prostar kepada wakil farmasi*



Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam melaksanakan kedua-dua projek yang telah dijalankan. Harap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Sebelum menamatkan coretan, kepada mana2 student yang berminat nak join Kelab Prostar Pengajian Tinggi UiTM Kelantan, anda amat dialu-alukan..Tak rugi join kami!!! Sekian. Have a nice day..=)

p/s :  Pengalaman yang menarik... Dapat belajar mcm2 sepanjang FESKO..