Hello hello ;)

Hai hai Assalamualaikum semua. Ni blog Prostar yang baru since barisan kepimpinan dah bertukar. Aharks. Just nak share something with you guys antara aktiviti yang kitorang jalankan dulu. Check it out! :)
IT'S ALL ABOUT PROSTAR



Thursday, April 21, 2011

ANNUAL GRAND MEETING (AGM)

   Tanggal 18 April 2011 bersamaan hari Isnin , Kelab Prostar Pengajian Tinggi UiTM Kelantan telah mengadakan Annual Grand Meeting(AGM) di AVB. AGM ini diadakan bagi membubarkan AJK sesi Disember 2010-April 2011 dan melantik AJK baru bagi semester hadapan.
    
 Majlis yang diadakan kali tidak formal seperti sebelum-sebelum ni. AGM ini telah dipengerusikan oleh Noor Aliah Binti Saiful yang merupakan Pengarah projek bagi projek kali ni.  Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Presiden bagi semester ini, iaitu Pres Mi (Ahmad Zulhelmi Bin Shaidi).. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh penasihat kelab iaitu, En Idzham @ Abah (hehe..) serta pembubaran AJK lama.. Terasa masa berlalu amat pantas. Sesi pelantikan AJK baru dan sesi penyerahan tugas oleh Pres Mi kepada Presiden baru kami, Presiden Irfan. Berikut merupakan AJK baru bagi semester hadapan :


Presiden
Muhammad Irfan Bin Mohd Azmi

Timbalan Presiden
Munirah Binti Mohd Zahid

Setiausaha Agong
Salnurnabila Binti Dawam@Tawil

Setiausaha
Nur Alia Binti Ramlan
Nur Halimah Binti Mohd Wahib

Bendahari Kehormat
Nurul Syuhada Binti Mazlan

Bendahari
Nurshafira Binti Rosdin

Exco Perhubungan Korporat
Noor Aliah Binti Saiful

Exco Publisiti & Multimedia
Tengku Khairuddin Bin Tengku Ahmad Fouad
Ain Madhiah Binti Aziz

Exco Pengurusan Organisasi & Inovasi
Nur Azira Binti Mohd Zain

Exco Keusahawanan & Pengantarabangsaan
Amirah Binti Supian

                                                                  
     Saat-saat yang kami para exco junior tunggu da tiba. Persembahan daripada para exco senior..hehe..


Actually masa ni kami ada rancangan lain@ kejutan untuk para senior..heh( sorry memaksa abg2 dan kakak2 manyanyi ;p )... Kami telah menyediakan kek sebagai kejutan untuk senior. Suka tengok "expression" muka senior masa nampak kek yang kami sediakan..Terkejut + terharu..huhu.. 


Kemudian, sesi menyuap kek kepada semua senior dan seniorita. Such a memorable time... Majlis kami diakhiri dengan sesei bergambar kenangan bersama-sama.. This is our last program with our senior and seniorita... Secara jujurnya, kami para junior sedih sgt2... Rasa macam baru je jumpa para senior...Semoga semua senior success in life...=)

presiden baru : Mohd. Irfan b Mohd Azmi


penasihat kami  : Encik Mohd Idzham b Che Rahim


simbolik penyerahan jawatan 

senior seniorita prostar

penyediaan nak wat surprise ~~


senior nyanyi lagu memori tercipta kali terakhir

muka2 senior mase SURPRISE~~

PresFan suap kek kat PresMi

sesi suap-menyuap


senior yang disuap..

Abah kami pun kena suap jugak,hehe

Suapan seterusnya~~

sesi feeling~~~

our BIG FAMILY



p/s : Semoga hubungan kita semua kekal 4ever!!!

Tuesday, April 19, 2011

FAMILY DAY PROSTAR


15 April 2011

Kelab Prostar UiTM Kelantan telah mengadakan Family Day di Hutan Lipur Bukit Bakar. Family Day ini bertujuan untuk menghargai senior dan seniorita Kelab Prostar seramai 9 orang  iaitu Ahmad Zulhelmi, Mohd Haiqal, Ahmad Aidil, Amira Alias, Siti Nur Aina, Asmawanis, Sharifah Nurul Nadiah, Fatin Izyan, dan Nor Azzah.

~Our Lovely Senior & Seniorita~

Kami bertolak pada pukul 9 pagi ke Hutan Lipur Bukit Bakar dengan van UiTM. Setelah sampai kami pun bergotong-royong membersihkan kawasan itu untuk program kami. Lepas tu, kami makan sarapan bersama-sama sebelum memulakan aktiviti yang dirancang. 

       
~Kak Anis, Kak Ayu, Kak Aina~
~Bersarapan bersama-sama~
Sesudah makan, kami terus dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk bermain game dalam air sementara yang lain menyiapkan ayam untuk dibakar. Memang happening la suasana masa main game tu..macam2 aktiviti air yang kitorang main antaranya game isi air dalam belon, baling belon air jangan bagi pecah, ikat kaki berpasangan, cari sumi dan gula2 dalam sungai...happening la time tu. Penasihat Kelab Prostar, Encik Mohd Idzham pun join main game dalam air.Memang sporting la Abah kami.
~First game : Isi air dalam belon...~(FUN!!)

~Main game~

~Sempat lagi pose, hehe (Our lovely Kak Mia) ~
~ Abah kami : En Idzham yg amat 'Sporting'~
~Bersenam dalam air ke Abah?? hehe~

Sedang kami main game dalam air, Encik Rahim dan rakan datang melawat program kami, terima kasih sangat diucapkan kerana sudi melawat kami walau pun sibuk dengan tugas.

 Lepas tu kami main game teka movie atau drama kat dalam air..kena la berlakon dalam air tu..memang kelakar la.lepas tu kami membuat 'surprise' untuk senior Ahmad Aidil dengan membaling tepung dan telur kat dia sebab birthday dia yang akan datang iaitu 21 April. Memang teruk la dia kena surprise ngan kitorang... (sorry Abg Aidil,hehe )

~Game : teka movie~

Lepas tu lelaki bersiap-siap nak solat Jumaat manakala yang perempuan bersiap- siap dan tunggu di situ je.
Setelah solat Jumaat dilaksanakan, kami pun makan la ayam yang telah dibakar oleh biro persegaran. Masa kami sedang main game dalam air, biro persegaran telah membakar ayam tersebut. Thanx biro persegaran...=) Semua prostarian makan bersama-sama. Memang macam Big Family la kami semua makan.
~Terima kasih biro persegaran!!~
~Biro persegaran yang amat komited =) ~

Selepas semua selesai makan, kami teruskan aktiviti kami dengan game yang paling best sebab kitorang dapat tahu rahsia senior iaitu game 'Truth or Dare'. game ni hanya senior ngan Encik Idzham je yang join.memang best la game ni..pastu kitorang main game si buta si pekak dan si bisu..game ni serius kelakar gile si bisu kena bagitau si pekak kat mane barang yang nak dicari pastu si pekak kena guide si buta nak cari barang tu..banyak la scene kelakar..
~ Truth or Dare (Best game!!) ~

~Game : Si buta, si pekak dan si bisu (kesian our senior time ni..hehe..sorry:) ~
Tanpa disangaka, kami junior pula kena ngan senior sbb diorang je kena tadi..memang teruk la senior ngan Abah kenakan kitorang Exco junior ngan seki.
Tangan kitorang kena ikat ke belakang pastu kena cari kacang dalam tepung...memang susah tapi sangat2 best..hehe

~ Game 4 junior2 (kami mkn tepung,haha)~

lepas tu kitorang main game BOM..memang kelakar la..group ni BOM ni Group ni BOM group tu..
contohnya : Kucing BOM Kucing BOM Kucing BOM Naga BOM!~~
haha,,pastu group Naga kena BOM group lain
haha...
pastu sampai la sesi penghargaan..bg cenderamata kat junior exco  ngan seki, hadiah special kat senior dan seniorita prostar..hehe..kitorang bagi botol yang ade notes semua exco junior ngan seki..hehe..pastu hadiah untuk En. Idzham...da best la..
~Kak Anis @ caring sis~
~Kak Ayu @ Sweet sis~
~Kak Aina @ cute sis~
~Abang Emi @ Best President~
~Abang Aidil @ sporting bro~
~Kak Mia @ commited sis~

~Abang Haiqal @ caring bro~

Seterusnya giliran exco senior wat persembahan, sebagai kenangan untuk kami junior2..diorang nyanyi lagu Memori Tercipta...sedih sangat mase tu..

~Kenangan yang akan kami ingat- MEMORI TERCIPTA~
Selepas persembahan para senior, para senior menyampaikan ucapan masing-masing kepada kami exco2 junior. Senior and seniorita, akan kami ingat semua pesanan kalian.. Kat bawah ni random pic on that day...=)

~Candid pic~
~Fokusnya Pres Mi...(Masalah2) hehe~
~Tinggi x abah kami lompat?? hehe~
~Lihatlah betapa excited nya senior, seniorita n abah kami,hehe~
~Para sekretariat~
~Group pic~
~Candid pose~
~Bergambar dengan makanan & minuman~
~Memori kami~
~Next pose!!~
~Last pose for the day from our beloved senior~


P/S : Thanks to all yang menolong dalam menjayakan Program Family Day Prostar ini..huhu...love you..xoxo

Saturday, April 16, 2011

"Masuk PAPER??"

         
       Mesti semua pelik dengan headlines kat atas tu..hehe.. Sebelum tu, assalamualaikum dan salam 1 Prostar. Atas permintaan our President, ni r nak post pasal aktiviti kelab kami yang dah diterbitkan di akhbar. Aktiviti yang diterbitkan ialah FESTIVAL KESIHATAN (FESKES) dan STUDENT EXPLORE ONE MALAYSIAN COMMUNITY. 

- FESTIVAL KESIHATAN (FESKES) -
- STUDENT EXPLORE 1 MALAYSIA COMMUNITY -
    Tak ada pape nak tulis sangat dalam post kali ni. Tapi melalui post ni, tak dinafikan Kelab Prostar Pengajian Tinggi UiTM Kelantan agak hebat, hehe.. Bukan nak bangga diri. Just nak bagitahu aktiviti kelab kami bukan sahaja diketahui oleh warga UiTM Kelantan, malah turut diketahui masyarakat luar..Tu je nak post kali ni.. Terima kasih atas kesudian membaca..=)


p/s : Hope banyak lagi aktiviti kami yang diketahui dan disertai masyarakat umum.