Hello hello ;)

Hai hai Assalamualaikum semua. Ni blog Prostar yang baru since barisan kepimpinan dah bertukar. Aharks. Just nak share something with you guys antara aktiviti yang kitorang jalankan dulu. Check it out! :)
IT'S ALL ABOUT PROSTAR



Tuesday, September 4, 2012

PROGRAM SISWA SIHAT (PROSIS)


       Assalamualaikum & Salam 1 Prostar...Kali ni nak post pasal next aktiviti yang kelab kami anjurkan, iaitu Program Siswa Sihat (PROSIS). Program ni dianjurkan sempena Eid Festival anjuran Interim MPP sempena Hari Raya Aidilfitri dan sambutan bulan Kemerdekaan bagi tahun 2012. Oleh sebab itu, Kelab Prostar telah menyertai festival ini dengan menganjurkan beberapa aktiviti pada 29, 30, dan 31 Ogos 2012.

      Pada 29 Ogos 2012, bersamaan hari rabu, kelab kami telah menganjurkan Program Derma Darah dan Pameran kesihatn di Pusat Pelajar (SC). Program ini adalah kerjasama antara kelab kami dan Hospital Perempuan Tengku Zainab II dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Machang.

      Pada 30 Ogos 2012 pula, program derma darah dan pameran kesihatan diteruskan tetapi kali ini di Foyer Blok D.

      Pada 31 Ogos 2012, dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tuanku Abdul Rahman (JPK TAR), Program Larian Obor Kemerdekaan dan Pelancaran Program Siswa Sihat yang bakal dijalankan pada semester hadapan telah diadakan. Seramai 400 orang peserta tidak termasuk AJK Pelaksana telah menyertai program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Che Ghani Che Ismail selaku Penasihat Kelab Prostar Machang.

~Sepatah dua kata oleh Penasihat Kelab PROSTAR~
~Peserta perempuan~
~AJK TAR~
~AJK PROSTAR~

~Peserta Program larian lagi :)~
                                      
~VIP~

~Peserta mendengar ucapan VIP~

~Ucapan oleh Encik Che Ghani~

~Simbol perasmian~

 ~ Senamrobik~

~KAMI!!!~

No comments:

Post a Comment